hai semua, selamat bertemu kembali. kalau korang semua baca @ terbaca akhbar utusan malaysia hari ni mesti korang akan tertarik dengan laporan khas yang ditulis oleh wartawan bernama noraini nordin. beliau melaporkan mengenai lelaki lembut & mak nyah yang begitu ghairah menelan pil perancang untuk menjadi wanita. ayo, memang kontroversi. tak pun memang sengaja nak cari publisiti & populariti. maklumlah, dalam zaman sekarang ni persaingan antara akhbar arus perdana dengan akhbar digital semakin sengit. jadi mereka kena buat sesuatu sebelum terkubur.
aku bukan nak melenting dengan isu yg diketengahkan, cuma rasa terkilan bila isu2 begini kerap kali dibangkitkan. bayangkanlah laporan khas, siap ada satu muka surat penuh dengan temuramah bersama doktor & beberapa pengakuan esklusif mak nyah yang pernah mendapat kesan buruk dari pengambilan pil tersebut. tapi pengakuan yang kononnya esklusif ini masih boleh diragui lagi sebab hanya ada pengakuan sahaja semata mata (mungkin direka sendiri oleh wartawan tersebut berdasarkan laporan doktor)
sekiranya wartawan tersebut (noraini nordin) berniat untuk mencegah golongan lelaki lembut & mak nyah ini dari terus terlibat dengan pil perancang ini, beliau perlu melaporkan kegagalan kementerian kesihatan kerajaan malaysia untuk menguatkuasakan undang2 di bawah akta racun 1952 di mana ubat2 pencegah kehamilan dalam kumpulan c iaitu ubat yang dikawal rapi & perlu mematuhi seksyen 24 di dalam akta tersebut yang mewajibkan ia direkodkan dalam buku preskripsi sebelum dibekalkan kepada pengguna. tapi kenapa tak ada temuramah bersama orang2 kementerian yang bertanggungjawab ye ? kurang berani kot. menurut kata noraini dah lebih 5 tahun kejadian ini berlaku. bermakna dah lebih 5 tahun jugaklah kementerian kesihatan kerajaan malaysia gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
maka, menjadi tanggungjawab wartawan tersebut untuk menulis laporan yang lebih telus demi keadilan untuk semua pihak terutama sekali rakyat. jangan mudah2 je nak meletakkan kesalahan kepada rakyat. mulakan langkah berani anda untuk perubahan yang lebih positif. renung renungkan & selamat beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment